Teknik Menjawab Soalan Ringkasan PT3 Format Baharu 2019

Teknik-teknik 作答技巧

1. Panjang ringkasan tidak melebihi 100.
    字数在80-100之间为佳
2. Digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.  
    最好可以在不改变文章愿意的情况下使用自己的句子来诠释答案
3. Ambil isi daripada petikan sahaja. 
    所有书写内容要在文章里取得,不能自己自由发挥
4. Jangan salin bulat-bulat daripada petikan. 
    不要照搬原文中的整个段落句子,可以适当修改词汇
5. Buangkan huraian, contoh, peribahasa d.l.l untuk menjadikan jawapan lebih pendek. 
    把原文中的所有说明、举例、成语等删去,只留下重点内容,确保文章在限定字数内完成
6. Biasanya jika terdapat penanda wacana seperti "Selain itu" "Tambahan pula", maksunya isi yang dikehendak mungkin terkandung dalam ayat tersebut. 
    如果句子中出现了"Selain itu" "tambahan pula" 之类的词,那么题目要求的内容很可能就    在这个句子中了


Format 格式

(Tajuk) ialah/ adalah ( Isi 1). Selain itu, ( Isi 2 ). Seterusnya, ( Isi 3 ). Tambahan pula, ( Isi 4 ). Selanjutnya, ( Isi 5 ). Akhir sekali, ( Isi 6)

*** Isi keenam ditulis sekiranya patah perkataan belum cukup. 第六个内容在字数不够时才写

Contoh 例子

Latihan 1 练习1

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan belajar secara berkumpulan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Kita sering mendengar beberapa istilah seperti kumpulan perbincangan, study group, study circle, halaqah ataupun usrah. Pada umumnya, kumpulan perbincangan ini merupakan suatu kumpulan kecil individu yang ditubuhkan untuk membincangkan dan bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu bagi kepentingan anggota kumpulan tersebut. Aktiviti ini dianggap suatu tradisi meningkatkan ilmu jika perbincangan itu dijalankan secara berkekalan.
Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh daripada buku atau kuliah untuk disusun dalam bentuk lebih kemas, kita memerlukan perbincangan. Kerap kali kita mempunyai pecahan-pecahan ilmu yang terasing atau bahan yang berselerak dan kita tidak dapat mengaitkannya dengan konteks yang sebenarnya. Mungkin pecahan-pecahan yang kita miliki tidak cukup untuk kita kaitkan dan sambungkan sebagai satu kesatuan yang jitu.
Kita memerlukan orang lain untuk memberikan pecahan-pecahan yang tidak kita miliki itu dan menyusunnya sebagaimana isi kandungan itu seharusnya disusun. Tugas itu memerlukan perkongsian pendapat dengan rakan-rakan atau orang yang sama-sama mahu mendapatkan pengetahuan tersebut. Jikalau perbincangan itu disertai oleh orang yang lebih mahir dan pakar, kesan perbincangan itu lebih bermakna.
Apabila kita bekerja dengan orang lain, kadar kepantasan kita akan meningkat. Hal ini demikian kerana adanya unsur-unsur persaingan dan tentulah kita mahu mengemukakan pendapat yang terbaik dan sumbangan yang bermanfaat kepada kumpulan. Dengan demkian kita akan membuat persediaan awal yang bersungguh-sungguh untuk menyayakan perbincangan itu.
Namun begitu, kumpulan perbincangan itu ada juga keburukannya. Bagi sesuatu perkara yang rumit dan memerlukan kebolehan intelektual, perbincangan lebih banyak memberikan gangguan dan akhirnya objektif pembelajaran tidak tercapai.

Jawapan 1 答案1

Kebaikan belajar secara berkumpulan adalah dapat bertukar-tukar pendapat tentang sesuatu perkara dalam kalangan ahli. Selain itupemahaman tentang sesuatu perkara dapat dipertingkatSeterusnyanota hasil pembelajaran dapat disusun dengan rapi. Selanjutnyaada rakan-rakan yang dapat menjelaskan sesuatu perkara yang sukar difahami dengan terperinci. Pada masa yang samanota pelajaran juga dapat disusun mengikut urutan yang tepat. Di samping itu, semua ahli kumpulan mendapat faedah hasil daripada perbincangan yang dilakukan. Akhir sekali, kumpulan perbincangan dapat meningkatkan kecekapan bekerja setiap ahli kumpulan. 
(80 p.p )



Latihan 2 练习2

Warisan negara merupakan harta dan kekayaan bangsa yang tidak dapat dijual beli serta memiliki nilai pengajaran yang dapat kita timba sewaktu menekuninya. Namun begitu, permainan tradisional semakin lama semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana permainan tradisional dianggap kolot dan membosankan oleh sesetengah pihak. Oleh sebab itu, kita mestilah mengetahui faedah permainan tradisional kepada remaja.

Antara faedah permainan tradisional kepada remaja termasuklah dapat mengisi masa lapang remaja secara berfaedah. Remaja masa ini gemar melepak di pusat beli- belah dan membuang masa mereka dengan sia-sia. Namun begitu, permainan tradisional dapat mengelakkan situasi tersebut daripada berlaku. Remaja dapat mempelajari ilmu permainan tradisional dan mengetahui kepentingan nilai kesabaran dalam diri. Selain itu, remaja akan belajar untuk menghargai masa.

Permainan tradsional juga menjadi ejen penting untuk mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan dan pershabatan dapat dieratkan sewaktu bermain permainan tradisional. Sebagai contohnya, remaja boleh bermain sepak raga bersama-sama rakan dan dapat berkenalan dengan kawan-kawan baharu. Dengan cara ini, remaja dapat menjalin hubungan persahabatan yang lebih luas.

Seterusnya, permainan tradisional dapat memupuk semangat kerjasama dan persefahaman. Semasa bermain, remaja dapat memahami kelebihan dan kelemahan kawan, serta lawan mereka. Permainan wau misalnyadapat membentuk semangat kerjasama antara satu sama lain untuk menaikkan wau tersebut. Hal ini dapat membentuk prinsip kehidupan yang saling memerlukan bagai aur dengan tebing. Remaja juga dapat memelihara warisan budaya bangsa daripada pupus. Remaja dapat mengenali dan mempelajari seni yang terkandung dalam permainan tradisional. Oleh hal yang demikian, seni warisan bangsa ini tidak akan pupus ditelan zaman kerana tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas.

Kesimpulannya, terdapat banyak faedah permainan tradisional kepada remaja. Permainan tradisional perlu dihidupkan semula sebelum terkubur. Dalam hal ini semua pihak perlu bekerjasama agar generasi muda zaman ini menjadikan permainan tradisional sebagai aktiviti yang membanggakan bangsa. Permainan tradisonal masih relevan dalam zaman globalisasi ini.

Jawapan 2 答案2

Faedah permainan tradisional kepada remaja adalah dapat mengisi masa lapang. Selain itu, remaja tidak akan membazir masa ataupun wang dengan melepak di pusat membeli belah. Tambahan pula, remaja juga dapat dapat mempelajari ilmu permainan tradisional dan mengetahui kepentingan nilai kesabaran. Di samping itu, remaja akan belajar untuk menghargai masaSelanjutnya, permainan tradisional dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain serta dapat berkenalan dengan kawan baru. Seterusnya, permainan tradisional boleh memupuk semangat kerjasama dan persefahaman dalam kalangan remaja. Akhir sekali, remaja dapat memelihara warisan budaya bangsa daripada pupus.  
(87 p.p) 

评论

  1. If you're attempting to lose pounds then you absolutely need to start following this totally brand new custom keto meal plan diet.

    To create this keto diet service, certified nutritionists, fitness couches, and professional chefs have united to develop keto meal plans that are productive, decent, money-efficient, and fun.

    Since their first launch in January 2019, thousands of clients have already completely transformed their body and health with the benefits a professional keto meal plan diet can provide.

    Speaking of benefits: in this link, you'll discover 8 scientifically-tested ones offered by the keto meal plan diet.

    回复删除
  2. Thanks...i hope i can score in my exam 🤯

    回复删除
  3. bukan ke ringkasan kne ada kesimpulan ?

    回复删除
  4. Good,this help in my homework

    回复删除
  5. wahhh thank you so much ! this really help me to memorise my study,thank you so much !

    回复删除
  6. 希望我在考试中拿满分。。。😊😊只要我们不放弃就行了🦾🦾🦾

    回复删除
  7. Thanks sangat membantu sbab ada exam next week

    回复删除

发表评论

此博客中的热门博文

Teknik Menjawab Soalan Rumusan PT3 Format Baharu 2019