Teknik Menjawab Soalan Rumusan PT3 Format Baharu 2019

Teknik-Teknik 作答技巧

1. Panjang ringkasan tidak melebihi 100.
    字数在80-100之间为佳
2. Digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.  
    最好可以在不改变文章愿意的情况下使用自己的句子来诠释答案
3. Ambil isi daripada petikan sahaja. 
    所有书写内容要在文章里取得,不能自己自由发挥
4. Jangan salin bulat-bulat daripada petikan. 
    不要照搬原文中的整个段落句子,可以适当修改词汇
5. Buangkan huraian, contoh, peribahasa d.l.l untuk menjadikan jawapan lebih pendek. 
    把原文中的所有说明、举例、成语等删去,只留下重点内容,确保文章在限定字数内完成
6. Mesti ditulis dalam perenggan.
    一定要以段落形式书写,否则会扣分

Markah 分数

ISI
BILANGAN ISI
MARKAH
Idea utama
1
2 ( isi x 2 markah)
Idea sokongan
6
6 (6 isi x 1 markah)
kesimpulan
1
2 (1 isi x 2 markah)

Perbezaan Antara Ringkasan dan Rumusan 不同点

Rumusan
Ringkasan
Cari sendiri berdasarkan petikan
根据文章内容自己推断
Idea Utama 论点
Terdapat dalam soalan
根据题目中的要求
Diperlukan 
需要写
Kesimpulan 结论
Tidak diperlukan
不需要

Persamaan Antara Ringkasan dan Rumusan 共同点

1. Tidak boleh melebihi 100 patah perkataan. 书写时字数不可超过100
2. Menggunakan ayat sendiri. Dilarang salin terus daripada petikan. 尽可能使用自己的句子来诠释,严禁从文章中照搬句子
3. Ditulis dalam bentuk perenggan段落形式书写

Format 格式

Petikan membincangkan ( idea utama ). Antaranya ialah / adalah ( idea sokongan 1 ). Selain itu, ( idea sokongan 2 ). Seterusnya, ( idea sokongan 3 ). Tambahan pula, ( idea sokongan 4 ). Selanjutnya, ( idea sokongan 5 ). Akhir sekali, ( idea sokongan 6 ). Kesimpulannya, ( kesimpulan ) supaya / agar / untuk ( penjelasan ).  


Contoh 例子

Latihan 1 练习1

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu  rumusan yang panjangnya hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kemalangan jalan raya kerap berlaku di negara kita. Kadar kemalangan meningkat setiap kali musim perayaan walaupun pelbagai kempen dan tindakan dijalankan oleh pihak berkuasa. Peningkatan jumlah kematian merupakan suatu kerugian yang melibatkan nyawa, harta benda, wang, tenaga manusia, dan masa. Memandangkan bilangan kematian terus meningkat, maka pelbagai usaha perlu diambil untuk mengatasi kemalangan jalan raya. Antara usahanya ialah pengeluaran lesen memandu diperketat demi membendung kejadian yang menyayat hati terutamanya pada musim perayaan.
                                                              
            Para pemandu perlu menjalani ujian kecekapan atau latihan memandu yang teliti sebelum diberi lesen bagi memastikan mereka mengamalkan gaya pemanduan yang positif. Antara penyebab peningkatan kadar kemalangan jalan raya termasuklah sikap pengguna yang cuai. Hal ini dibuktikan melalui kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menunjukkan bahawa 90 peratus daripada kes kemalangan jalan raya berlaku kerana kecuaian pemandu. Dalam memastikan kemalangan sifar dicapai, hukuman yang lebih tegas sebagai pengajaran terhadap pemandu perlu dikenakan. Pemandu-pemandu baru yang melakukan kesalahan dalam tempoh  dua tahun pertama perlu dikenakan tindakan perlanjutan tempoh percubaan sebelum mendapat lesen sepenuhnya.

            Orang ramai masih belum belajar daripada kesilapan-kesilapan masa lalu, malah pengalaman pihak lain juga dipandang rendah. Sejajar dengan itu, sudah tiba masanya pihak berkuasa mengkaji secara mendalam aspek-aspek yang sesuai dalam sistem pembelajaran dan pendidikan pemanduan di negara kita. Sistem pemanduan yang dikendalikan oleh pihak JPJ umpama sistem peperiksaan akademik yang diduduki oleh para pelajar. Sewajarnya, elemen sivik dipupuk pada jiwa seseorang pelajar sehingga amalan tersebut tersemai dengan mendalam dan menjadi amalan apabila dewasa nanti.

            Di samping itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa, sekolah, dan masyarakat menyemai nilai-nilai murni dalam usaha melahirkan generasi pemandu yang berhemah. Penguatkuasaan undang-undang dan denda yang dikenakan perlu diketatkan supaya mereka yang bersalah dihukum sewajarnya. Selain itu, penetapan had laju di lebuh raya dan di jalan-jalan biasa perlu dikekalkan kerana banyak kemalangan yang berlaku berpunca daripada kenderaan yang tidak dapat dikawal sebagai akibat dipandu terlalu laju. Para pengguna perlu disedarkan bahawa jalan raya bukanlah tempat untuk berlumba dan mereka perlulah memandu secara berhemah supaya tidak mengakibatkan nahas yang membabitkan orang lain.

            Jelaslah bahawa banyak langkah yang boleh diambil oleh individu, masyarakat mahupun negara pelbagai pihak dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Semua pihak perlu menggemblengkan tenaga secara lebih efektif untuk mengatasi kemelut ini, janganlah sudah terhantuk baru hendak tengadah kerana apabila sesuatu kecelakaan sudah berlaku, tiada guna menyesalinya lagi, kerana nasi sudah menjadi bubur. Tragedi kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan bila-bila masa kerana malang tidak berbau.
                                                (Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Budayakan Hargai Nyawa” oleh G. Manimaran, Utusan Malaysia, Disember 2003)

Jawapan 1 答案1



Petikan membincangkan usaha-usaha mengatasi kemalangan jalan raya. Antaranya ialah pengeluaran lesen memandu diketatkan. Selain itu, para pemandu perlu menjalani ujian kecekapan atau latihan memandu sebelum diberi lesen. Tambahan pulahukuman tegas sebagai pengajaran terhadap pemandu perlu dikenakan. Selanjutnya, pemandu-pemandu baru yang melakukan kesalahan dalam tempoh  dua tahun pertama dikenakan hukuman tempoh percubaan. Seterusnya, sistem ujian pemanduan yang dikenakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan perlu dikaji semula. Akhir sekali, elemen sivik dipupuk dalam jiwa pemandu. Kesimpulannya, kadar kemalangan yang tinggi di jalan raya perlu dibendung supaya jalan raya menjadi tempat yang selamat untuk semua pengguna.

评论

  1. Haii.... Nak tanya.... Rumusan perlu ada 5 isi sahaja ke??

    回复删除
    回复
    1. 此评论已被作者删除。

      删除
    2. Hai. Sekiranya anda mendapati lebih daripada 5 isi, anda blh tuliskan dlm rumusan juga sebagai sandaran. Asalkan tidak melebihi 100 p.p

      删除
    3. 此评论已被作者删除。

      删除
    4. Thousand Sunny
      Teknik Menjawab Soalan Rumusan PT3 Format Baharu 2019
      十月 22, 2019
      Teknik-Teknik 作答技巧
      1. Panjang ringkasan tidak melebihi 100.
      字数在80-100之间为佳
      2. Digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
      最好可以在不改变文章愿意的情况下使用自己的句子来诠释答案
      3. Ambil isi daripada petikan sahaja.
      所有书写内容要在文章里取得,不能自己自由发挥
      4. Jangan salin bulat-bulat daripada petikan.
      不要照搬原文中的整个段落句子,可以适当修改词汇
      5. Buangkan huraian, contoh, peribahasa d.l.l untuk menjadikan jawapan lebih pendek.
      把原文中的所有说明、举例、成语等删去,只留下重点内容,确保文章在限定字数内完成
      6. Mesti ditulis dalam perenggan.
      一定要以段落形式书写,否则会扣分
      Markah 分数
      ISI
      BILANGAN ISI
      MARKAH
      Idea utama
      1
      2 ( isi x 2 markah)
      Idea sokongan
      6
      6 (6 isi x 1 markah)
      kesimpulan
      1
      2 (1 isi x 2 markah)

      Perbezaan Antara Ringkasan dan Rumusan 不同点
      Rumusan
      Ringkasan
      Cari sendiri berdasarkan petikan
      根据文章内容自己推断
      Idea Utama 论点
      Terdapat dalam soalan
      根据题目中的要求
      Diperlukan
      需要写
      Kesimpulan 结论
      Tidak diperlukan
      不需要写

      Persamaan Antara Ringkasan dan Rumusan 共同点
      1. Tidak boleh melebihi 100 patah perkataan. 书写时字数不可超过100
      2. Menggunakan ayat sendiri. Dilarang salin terus daripada petikan. 尽可能使用自己的句子来诠释,严禁从文章中照搬句子
      3. Ditulis dalam bentuk perenggan 以段落形式书写

      Format 格式
      Petikan membincangkan ( idea utama ). Antaranya ialah / adalah ( idea sokongan 1 ). Selain itu, ( idea sokongan 2 ). Seterusnya, ( idea sokongan 3 ). Tambahan pula, ( idea sokongan 4 ). Selanjutnya, ( idea sokongan 5 ). Akhir sekali, ( idea sokongan 6 ). Kesimpulannya, ( kesimpulan ) supaya / agar / untuk ( penjelasan ).


      Contoh 例子
      Latihan 1 练习1
      Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

      Kemalangan jalan raya kerap berlaku di negara kita. Kadar kemalangan meningkat setiap kali musim perayaan walaupun pelbagai kempen dan tindakan dijalankan oleh pihak berkuasa. Peningkatan jumlah kematian merupakan suatu kerugian yang melibatkan nyawa, harta benda, wang, tenaga manusia, dan masa. Memandangkan bilangan kematian terus meningkat, maka pelbagai usaha perlu diambil untuk mengatasi kemalangan jalan raya. Antara usahanya ialah pengeluaran lesen memandu diperketat demi membendung kejadian yang menyayat hati terutamanya pada musim perayaan.

      删除
  2. Bagaimana hendak tulis tajuk rumusan ? Hendak fikir ke ataupun di petikan sana boleh dapat tajuk?

    回复删除
  3. Bagaimana hendak tulis tajuk rumusan ? Hendak fikir ke ataupun di petikan sana boleh dapat tajuk?

    回复删除
  4. Nak tanya ... Memang rumusan 1 perenggan je ye .. kat skolah cg ajr 3??? ... 😅

    回复删除
    回复
    1. Kat sklh kmi cg kata boleh je buat 1 perenggan. Gabungkan pendahuluan, isi dan kesimpulan. Tpi klau boleh buat 3 perenggan lh. Supaya senang untuk disemak

      删除
  5. kenapa bahagian permarkahan hanya jumlah 10m (seperti di jadual atas)? bukan ke 15m?

    回复删除
  6. Dalam point ke-6 di atas, dinyatakan bahawa wajib menulis mengikut perenggan (akan ditolak markah kalau tidak mematuhinya), namun contoh yang diberikan tidak. Nk minta pencerahan sikit. Terima kasih

    回复删除
  7. 请问rumusan是要自己找主题吗?

    回复删除
  8. 如果一篇rumusan只有四个isi怎么办?
    就是第一段有写punca kemalangan,可是其他段主要都讲langkah mengatasi kemalangan。酱紫的话我可以这样写吗?

    Rajah menunjukkan punca kemalangan dan langkah mengatasi kemalangan

    Punca kemalangan ialah......
    Langkah pertama untuk mengatasi kemalangan ialah....Selain itu,.....(langkah).
    Seterusnya,.......(langkah)到后面都是写langkah

    酱紫的话我的idea utama对吗?

    回复删除
    回复
    1. Punca-punca kemalangan berlaku ialah...
      Terdapat beberapa langkah untuk mengatasi kemalangan. Antaranya termasuklah...
      我猜这样应该可以吧?我也不太清楚,你看看 这样写会有毛病嘛 ?

      删除
  9. Nak tanya, rumusan tak perlu ada isi tersirat kan? Hanya tersurat yg kita ambil berdasarkan petikan dan guna ayat sendiri dlm jawapan kan..

    回复删除
  10. 如果有两个论点的话怎么写?

    回复删除

发表评论

此博客中的热门博文

Teknik Menjawab Soalan Ringkasan PT3 Format Baharu 2019